PRN Johor: Polis buka 13 kertas siasatan

Kamarul
Kamarul
A
A
A
JOHOR BAHRU - Polis Johor sudah membuka 13 kertas siasatan sepanjang tempoh empat hari kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang bermula pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 dan dan Seksyen 4A (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Selain itu katanya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Dalam tempoh tersebut juga pihak polis meluluskan 369 permit ceramah di seluruh negeri, termasuk 81 dikeluarkan semalam," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menasihatkan semua parti politik dan penyokong mereka mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 dan peruntukan undang-undang yang sudah ditetapkan dalam tempoh berkempen.

"Sekiranya masalah timbul, boleh rujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang sedia ada," katanya.

Artikel Berkaitan: