Kes positif Covid-19 seluruh dunia lebih 437 juta, korban 5.96 juta

No Image Caption
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 global kini melebihi 437 juta kes selepas terdapat pertambahan 1.41 juta kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes dan diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42.9 juta kes dan 28 juta.

Negara yang melepasi angka 22 juta kes adalah Perancis, manakala United Kingdom melebihi 19 juta, Rusia dengan 16 juta kes, manakala Turki, Jerman, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.

Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.4 juta dan Thailand dengan 2.9 juta kes serta Singapura pula melebihi 724,000 kes.

Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 7,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 global kini mencecah 5.96 juta kes.

Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 946,000 kes dan diikuti Brazil dengan lebih 647,000 kes, India lebih 512,000 kes dan Rusia lebih 342,000 kes.

Sementara Mexico kini catat lebih 317,000 kematian.

Artikel Berkaitan:

United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 99,000 kes adalah Sepanyol.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 147,000 kes korban, Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 56,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.

Manakala Thailand dengan lebih 22,000 angka korban. - Awani