X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 02 Julai 2022

Covid-19: 25,854 kes baharu, 1,754 dimasukkan ke hospital

Sebanyak 1,754 kes dimasukkan ke hospital membabitkan 32.8 peratus bagi kategori 3, 4 dan 5. - Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 25,854 kes positif Covid-19 direkodkan pada Selasa yang mana turut mencatatkan 152 kes (0.59 peratus) bagi kategori 3, 4, dan 5.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sejumlah 25,702 kes (99.41 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Menurutnya, jumlah itu menjadikan kes kumulatif Covid-19 di negara ini berjumlah 3.46 juta.

"Daripada 152 kes Covid-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 1 Mac 2022 sebanyak 25 kes (16.45 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

"Sebanyak 89 kes (58.55 peratus) telah menerima dua dos vaksin Covid-19 tetapi belum menerima dos penggalak, manakala 38 kes (25 peratus ) telah menerima dos penggalak.

"Seramai 65 kes berumur 60 tahun dan ke atas, 51 kes mempunyai komorbid dan satu kes adalah ibu mengandung," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, sejumlah 25,548 kes sembuh juga turut direkodkan pada Selasa menjadikan kumulatif kes sembuh sebanyak 3.14 juta.

Bagaimanapun, data menunjukkan sebanyak 1,754 kes telah dimasukkan ke hospital membabitkan 32.8 peratus bagi kategori 3, 4 dan 5.

"Pada 1 Mac 2022, kes Covid-19 yang dimasukkan ke hospital adalah sebanyak 1,754 kes. Daripada 1,754 kes ini,575 kes (32.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan 1,179 kes (67.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

"KKM ingin menjelaskan bahawa terdapat perbezaan di antara data harian kemasukan kes Covid-19 ke hospital berbanding kes Covid-19 kategori 1 hingga 5 yang baharu didiagnosa pada setiap hari.

"Ini memandangkan keadaan klinikal pesakit yang dinamik dan mungkin merosot atau bertambah baik sepanjang dijangkiti Covid-19," katanya.

Sejumlah tujuh kluster baharu dan 475 kluster aktif turut direkodkan menjadikan jumlah kes kluster kini sebanyak 6,789.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!