Ucapan Menteri Luar Rusia kena boikot

Bilik tersebut hampir kosong dan hanya tinggal wakil daripada beberapa negara termasuk Yemen, Syria, Venezuela dan Tunisia yang tekun mendengar ucapan Lavrov. - Foto AFP
Bilik tersebut hampir kosong dan hanya tinggal wakil daripada beberapa negara termasuk Yemen, Syria, Venezuela dan Tunisia yang tekun mendengar ucapan Lavrov. - Foto AFP
A
A
A

GENEVA - Sejumlah besar diplomat melangkah keluar ketika Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berucap pada Persidangan Pelucutan Senjata di Geneva pada Selasa.

Kumpulan tersebut nekad memboikot ucapan tersebut ketika rakaman mesej video Lavrov mula ditayangkan sebagai tanda protes terhadap kempen pencerobohan dilancarkan Moscow ke atas Ukraine.

Duta Ukraine, Yevheniia Filipenko antara diplomat yang mengambil langkah tersebut yang turut menyaksikan bilik tersebut hampir kosong dan hanya tinggal wakil daripada beberapa negara termasuk Yemen, Syria, Venezuela dan Tunisia yang tekun mendengar ucapannya.

Kumpulan diplomat yang menyertai langkah boikot itu kemudiannya berkumpul di hadapan bendera kebangsaaan Ukraine.

"Adalah sangat penting untuk menzahirkan solidariti dengan Ukraine dengan cara seperti ini," kata Duta Perancis, Yann Hwang.

Difahamkan, Lavrov pada mulanya dijadualkan hadir di Geneva, namum membatalkan penyertaannya pada saat akhir kerana membantah sekatan anti-Rusia yang dikenakan blok Kesatuan Eropah (EU) ke atas Kremlin.

Menerusi ucapannya, Lavrov menuding jari menyalahkan Kiev kerana mengeruhkan lagi krisis tersebut dengan cubaan untuk memperoleh senjata nuklear.

"Kami sedang mengambil segala langkah yang perlu untuk menghalang pembangunan senjata nuklear dan teknologi berkaitan di Ukraine," ujarnya.

Artikel Berkaitan: