Polis rampas tiga laras senapang

No Image Caption
A
A
A

SIBU - Polis merampas tiga laras senapang di Sungai Rayah di Jalan Kanowit/Julau/Durin (JKD), Meradong, kira-kira jam 11.05 pagi Isnin, susulan penahanan seorang suspek lelaki, Selasa lepas.

Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superintendan Sekam Anoi berkata, suspek berusia 34 tahun itu ditahan di Rumah Sukin, Sungai Sekijang, dekat sini.

"Hasil maklumat suspek, polis dari Ibu Pejabat Daerah Meradong dan Cawangan Jenayah Berat (D9) IPK Sarawak telah ke lokasi di tepi Sungai Rayah, Kilometer 8 Jalan KJD dan menemui selaras senapang patah buatan sendiri dikenali ‘bekakuk’ dan dua laras senapang angin selain dua kelongsong peluru,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Katanya kes ini disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjatapi 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: