Sila log masuk terlebih dahulu.

Hampir 400 pelancong terkandas di Pulau Perhentian sejak tiga hari

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA BESUT - Seramai 385 pelancong termasuk 18 kanak-kanak dan dua bayi terkandas di Pulau Perhentian di sini sejak Jumaat lepas ekoran cuaca buruk.

Presiden Persatuan Premis Penginapan Pulau Perhentian, Abdul Aziz Che Abdullah berkata, keadaan laut bergelora dan angin kencang menyebabkan operasi perkhidmatan bot di pulau peranginan itu terpaksa dihentikan.

"Pelancong-pelancong tersebut menginap di 19 hotel dan resort di Pulau Perhentian. Mereka terdiri daripada pelancong dari dalam dan luar Terengganu. Alhamdulillah keadaan mereka semuanya selamat dan baik,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Ahad.

Beliau berkata, sekiranya mendapat kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia, pelancong terbabit berkemungkinan besar akan dibawa pulang esok memandangkan cuaca di Pulau Perhentian beransur baik hari ini (Ahad).

"Kita amat bergantung kepada keadaan cuaca. Kalau keadaan kekal begini, kemungkinan besar esok mereka boleh pulang sekiranya Jabatan Laut Malaysia memberi lampu hijau.

"Jika keadaan memaksa, mungkin kita akan minta kapal-kapal besar daripada maritim (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) ataupun daripada polis marin untuk membawa pelancong keluar dari pulau ini,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: