BN tawar rumah generasi kedua peneroka Felda

Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra di Ayer Hitam, pada Ahad.
Ahmad Zahid ketika ditemui pemberita selepas majlis ramah mesra di Ayer Hitam, pada Ahad.
A
A
A

AYER HITAM - Rumah untuk generasi kedua peneroka Felda antara manifesto yang ditawarkan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid berkata, tawaran itu khususnya kepada golongan muda generasi kedua peneroka Felda.

"Tumpuan juga diberikan terhadap infrastruktur dan kemudahan di kawasan Felda yang bukan hanya terletak di bawah kerajaan persekutuan tetapi inisiatif baru yang akan diambil kerajaan negeri.

“Saya yakin beberapa tawaran baharu ini akan dapat menarik semua golongan pengundi di Johor ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra di sini, pada Ahad.

Beliau berkata, manisfesto itu turut fokus kepada penambahan pelaburan asing dan dalam negeri, peluang pekerjaan dan perniagaan, di samping mewujudkan lebih ramai usahawan muda.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada Sabtu dilapor menyatakan bahawa BN akan melancarkan manifesto bagi PRN Johor pada 1 Mac depan.

Beliau berkata, manifesto tersebut bertemakan kestabilan masa depan negeri Johor.

Mengulas mengenai pertandingan empat hingga tujuh penjuru pada PRN kali ini, Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, ia bukan kelebihan atau kekurangan kepada BN.

Artikel Berkaitan:

“Tetapi kita yakin di hati pengundi-pengundi kebanyakannya telah menentukan bahawa apabila BN memilih calon terbaik, tentu mereka mengharapkan kemenangan kepada calon-calon ini bagi mewujudkan kestabilan kerajaan negeri Johor,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, angin perubahan telah berlaku di Johor apabila berlakunya peningkatan sokongan bukan hanya dalam kalangan orang Melayu, sebaliknya pengundi India dan Cina terutama di kawasan bandar.

Menyentuh gaji minimum di Johor, beliau berkata, sekiranya BN memenangi PRN Johor, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar berhubung perkara itu.

"Dan tentu negeri tertakluk kepada polisi atau dasar kerajaan persekutuan.

“Saya harap penanda aras gaji minimum ini akan ditentukan berdasarkan dasar yang ditentukan Putrajaya untuk dilaksanakan Johor Bahru,” katanya mahu kepentingan rakyat terutama pekerja berpendapatan rendah akan dibela kerajaan negeri Johor.