Krisis Rusia-Ukraine: Polis tingkat rondaan di kedutaan Rusia di KL

Datuk Azmi Abu Kassim
Datuk Azmi Abu Kassim
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis meningkatkan rondaan di Kedutaan Rusia di Jalan Ampang bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku, susulan perkembangan krisis antara negara itu dengan Ukraine.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, tindakan itu adalah bagi memastikan tahap keselamatan dan ketenteraman awam di kedutaan sentiasa terkawal.

"Keadaan masih terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian, pada Sabtu.

Presiden Rusia Vladimir Putin pada Khamis, mengumumkan operasi ketenteraan di Ukraine.

Rusia sebelum ini menghimpunkan antara 150,000 dan 200,000 tentera di sempadan.

Artikel Berkaitan: