‘PRN Johor titik perubahan senario, landskap politik tanah air’

Najib (tengah) pada sidang media selepas majlis memperkenalkan calon BN yang bertanding di DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di Kompleks Pekembar, Pagoh pada Sabtu.
Najib (tengah) pada sidang media selepas majlis memperkenalkan calon BN yang bertanding di DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di Kompleks Pekembar, Pagoh pada Sabtu.
A
A
A

PAGOH - Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebagai ‘turning point’ atau titik perubahan dalam senario dan landskap politik tanah air.

Menurutnya, sekiranya kemenangan besar memihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam PRN Johor, ia akan memberi isyarat jelas bahawa mereka mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sebab saiz negeri Johor dengan 26 Parlimen dan 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kebanyakan kerusi itu kerusi campuran.

“Ini bererti bahawa cerminan pada sokongan bukan sahaja orang Melayu tetapi sokongan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis memperkenalkan calon BN yang bertanding di DUN Bukit Kepong dan Bukit Pasir di Kompleks Pekembar, Pagoh pada Sabtu.

Dalam pada itu, Najib turut mempersoalkan kemampuan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin yang menawarkan diri untuk menjadi penasihat ekonomi Johor sekiranya mereka memenangi PRN Johor.

Najib mendakwa, ini disebabkan Muhyiddin sebelum ini telah mengepalai kerajaan yang gagal dalam menangani Covid-19 di negara ini.

“Dan juga masalah ekonomi semasa dia jadi Perdana Menteri. Selepas itu dia tidak dapat meneruskan sebagai Perdana Menteri.

Artikel Berkaitan:

“Apa dalil atau sokongan boleh dibawa dari segi pencapaiannya yang boleh meyakinkan bahawa sebagai penasihat ekonomi negeri Johor dia boleh membantu pembangunan negeri Johor,” dakwanya perkara itu dipersoal oleh ramai pihak.