VFive Group terima anugerah The BrandLaureate Bumiputera BestBrands

Syafiq (tiga dari kiri) ketika menerima anugerah kategori The BrandLaureate Bumiputera BestBrands 2022 mewakili VFive Group Sdn Bhd pada Jumaat.
Syafiq (tiga dari kiri) ketika menerima anugerah kategori The BrandLaureate Bumiputera BestBrands 2022 mewakili VFive Group Sdn Bhd pada Jumaat.
A
A
A

SYARIKAT milikan penuh bumiputera, VFive Group Sdn Bhd dinobatkan sebagai pemenang anugerah kategori The BrandLaureate Bumiputera BestBrands 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Syafiq Abdullah berkata anugerah tersebut adalah hasil kerja keras kakitangan syarikat itu selama ini.

“Kejayaan ini menjadi pembuka lembaran kecemerlangan VFive Group pada tahun ini.

“Kita tidak mahu selesa dan berpuas hati pada tahap ini, kita akan terus berusaha dengan lebih kuat lagi,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau menerima anugerah itu pada majlis gala yang dianjurkan oleh The BrandLaureate, badan pengiktiraf jenama dan penjenamaan bertempat di The Majestic Hotel Kuala Lumpur pada Jumaat.

Difahamkan, penerima anugerah dinilai berdasarkan kejayaan syarikat menepati kriteria yang ditetapkan selari dengan objektif memartabatkan jenama bumiputera.

Dalam pada itu, Syafiq turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak menyumbang secara langsung mahupun tidak langsung sejak 10 tahun syarikat itu beroperasi.

“ Alhamdulillah, berkat sokongan rakan niaga, klien, pembekal dan juga vendor menjadi pencetus kepada kejayaan ini,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Anugerah lain yang turut disampaikan pada majlis gala tersebut adalah Brand ICON Leadership, ICONIC Brand of The Year, Bumiputera Brand Leadership, CSR BrandLeadership, dan World Halal Bestbrands kepada syarikat-syarikat pemenang.

Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan khas oleh artis terkenal tanah air, Man Bai dan Kirana & The Playerz.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah berkenaan, boleh layari laman sesawang https://www.thebrandlaureate.com atau laman Facebook The BrandLaureate Awards.