Pemenang Anugerah Kajai 2014 meninggal dunia

Wan Noor Hayati disahkan meninggal dunia kerana menderita radang paru-paru, pada Isnin. - Foto Facebook Wan Noor Hayati
Wan Noor Hayati disahkan meninggal dunia kerana menderita radang paru-paru, pada Isnin. - Foto Facebook Wan Noor Hayati
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas wartawan yang juga pemenang Anugerah Kajai 2014, Wan Noor Hayati Wan Alias, 42, atau lebih dikenali sebagai Wanti disahkan meninggal dunia kerana menderita radang paru-paru, pada Isnin.

Berita kematian Wanti itu dikongsi oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Sinar Harian pada 6 Julai melaporkan Wanti dilaporkan uzur akibat penyakit yang ditanggungnya dan terpaksa mengurus kehidupan bersendirian di rumah sewa di Taman Kajang Utama, Kajang.

Difahamkan sebelum ini Wanti dirawat di Hospital Putrajaya kerana kekurangan oksigen dan disahkan dijangkiti Covid-19.

Sejak itu, tahap kesihatannya mula merosot dan sering menerima rawatan di Hospital Serdang dan Hospital Kajang dipercayai kesan sindrom Covid-19 berpanjangan.