Israk Solutions terima anugerah pensijilan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014

Ahmad Najeb (dua dari kiri, duduk) dan Pengarah Israk Solutions, Nurul Ain Mohamad Khdri bersama kakitangan Israk Solutions.
Ahmad Najeb (dua dari kiri, duduk) dan Pengarah Israk Solutions, Nurul Ain Mohamad Khdri bersama kakitangan Israk Solutions.
A
A
A

SYARIKAT teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Israk Solutions Sdn Bhd (Israk Solutions) telah menerima anugerah pensijilan ISO 9001:2015 dan MS 1900:2014 yang berprestij tinggi sekali gus membuktikan komitmen dan kecemerlangannya dalam menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Pengarah Urusannya, Ahmad Najib Habeb berkata, pengiktirafan itu adalah bukti kepada usaha berterusan syarikat dalam mengejar kecemerlangan, dedikasi dalam memberikan penyelesaian profesional audio visual dan ICT terbaik di Malaysia yang memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan.

“Pelbagai projek telah berjaya dilaksanakan di pejabat kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), universiti dan sekolah dalam bidang ‘digital signage’, ‘videowall’, ‘LED screen’, ‘smart classroom’ dan ‘smart meeting room’.

“Selain daripada pematuhan terhadap piawaian kualiti dan etika yang ketat, Israk Solutions juga telah mengambil langkah berani dengan melantik Syaznah World sebagai perunding sumber manusia.

“Langkah strategik ini mencerminkan dedikasi syarikat dalam meningkatkan prosedur pentadbiran sumber manusia dan memastikan pelaksanaan dasar-dasar buruh yang berkesan. Dengan kepakaran Syaznah World, Israk Solutions bertujuan untuk mewujudkan tempat kerja yang produktif, inklusif, dan memuaskan hati pekerja,” katanya dalam satu kenyataan.

Israk Solutions telah menerima sijil itu yang disampaikan oleh Platinum Shauffmantz Sdn Bhd selaku badan pensijilan tempatan bertauliah dan diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam satu majlis yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.

Majlis penyerahan itu telah disaksikan oleh Pengerusi Israk Solutions, Tan Sri Dr Ahmad Zaharudin Idrus. Turut hadir Pakar Penasihat Shariah dan Ketua Auditor ISO, Muhammad Hibatul Muqlis Badaruddin dan Yang DiPertua, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Putrajaya, Mohd Dzahir Jamudin.

Beliau berkata, syarikat komited untuk memberikan penyelesaian ICT inovatif dan mengekalkan piawaian kecemerlangan yang tertinggi.

Artikel Berkaitan:

“Setelah memiliki sijil ini, ia turut memberi inspirasi kepada syarikat bumiputera di Malaysia untuk menjadi peneraju dalam setiap bidang masing.

“Para profesional ini memainkan peranan penting dalam memastikan Israk Solutions kekal teguh dalam amalan etika dan mengikuti panduan yang ditetapkan oleh prinsip-prinsip Islam dan piawaian kualiti antarabangsa,” kata Ahmad Najeb.