[VIDEO] PKR-Muda bertembung enam penjuru di DUN Larkin

Kesemua enam calon mewakili parti yang diumumkan SPR akan bertanding di DUN Larkin di Dewan JKR Johor Bahru, pada Khamis
Kesemua enam calon mewakili parti yang diumumkan SPR akan bertanding di DUN Larkin di Dewan JKR Johor Bahru, pada Khamis
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) yang diwakili calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) sah akan bertembung dengan calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pertembungan dua rakan strategik itu sekali gus akan menyaksikan persaingan enam penjuru di Larkin dan merupakan satu-satunya kawasan DUN ditandingi oleh dua parti daripada pihak yang sama pada PRN kali ini.

Empat lagi yang bertanding adalah melibatkan calon UMNO daripada Barisan Nasional (BN), calon Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) daripada Perikatan Nasional (PN), calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan seorang calon Bebas.

Di kerusi DUN berkenaan, PH-PKR diwakili oleh Dr Zamil Najwah Arbain, 48, BN-UMNO, Mohd Hairi Md Shah, 38; PN-Bersatu, Zulkifli Bujang, 44; Muda, Rashid Abu Bakar, 28; Pejuang, Mohamad Riadz Mohamad, 49 dan calon Bebas, Norramadan Buan, 46.

Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Larkin, Datuk Abdul Rahman Salleh berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan akan berlaku enam persaingan di DUN berkenaan selepas berpuas hati dengan dokumen semua calon-calon akan bertanding.

Artikel Berkaitan: