Polis mohon bantu kesan lelaki hilang

Kok Wei hilang sejak 8 Januari lalu.
Kok Wei hilang sejak 8 Januari lalu.
A
A
A

KAJANG – Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berhubung kehilangan seorang lelaki, Lee Kok Wei, 26.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada jam 12.30 petang pada 8 Januari lalu.

“Ibu kepada lelaki berkenaan memaklumkan anaknya tidak pulang ke rumah di Peringkat 5 Cheras Jaya, Cheras, sehingga hari ini dan gagal dihubungi,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini boleh menghubungi pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Mohd Raziman Rasid di talian 019-4565502.

Artikel Berkaitan: