Lahir anak perempuan, Yana mohon sampaikan pada Najib di Kajang

Yana berkongsi berita kelahiran bayi perempuannya itu di Instagram miliknya. Nooryana Najwa (kiri).
Yana berkongsi berita kelahiran bayi perempuannya itu di Instagram miliknya. Nooryana Najwa (kiri).
A
A
A

SHAH ALAM - Anak perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa, selamat melahirkan bayi perempuan pada Rabu.

Beliau yang mesra dipanggil Yana turut berkongsi berita kelahiran bayi yang dinamakan Amelia Rahah Daniyar itu di Instagram miliknya.

“Alhamdulillah dengan rasa syukur kepada ALLAH SWT, kami sekeluarga telah menyambut kelahiran anak ketiga kami pada hari yang penuh dengan nostalgia.

“Seolah-olah cucu perempuan pertama Bossku nak bagi tau atoknya, ‘Saya tak nak awak susah hati hari ni’. Kami sentiasa berdoa agar ALLAH segera menyatukan kami,” ujarnya.

Sementara itu menerusi hantaran yang dipercayai ditulis Exco Puteri UMNO itu di Facebook Najib Razak, beliau turut meminta bantuan supaya berita itu disampaikan kepada bapanya yang kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang.

“DSN belum tahu berita ini. Tidak ada caranya nak bagi tahu dalam masa terdekat juga.

“Jika ada sesiapa yang baca ini dari Kajang, sudi dan boleh bantu sampaikan berita ini, amat menghargainya dan berterima kasih,” katanya.

Artikel Berkaitan: