32,070 kes baharu, 46 kematian direkodkan pada Khamis

Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 32,070 pada Khamis menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 3,337,227 kes. - Gambar hiasan
Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 32,070 pada Khamis menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 3,337,227 kes. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jumlah kes harian Covid-19 di negara ini terus mencatatkan peningkatan dengan 32,070 pada Khamis menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan adalah sebanyak 3,337,227 kes.

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, 31,861 kes adalah penularan tempatan dengan 209 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

KKM juga memaklumkan sebanyak 46 kematian baharu dicatatkan menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 32,534.

Daripada 46 kes kematian itu, 17 kes merupakan kes kematian di luar hospital (BID) dengan jumlah keseluruhan BID sebanyak 6,646.

Dalam pada itu, menerusi portal itu juga sebanyak 8,692 pertambahan kes aktif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 286,521 kes.

Sebanyak 95.6 peratus atau 273,799 kes aktif menjalani kuarantin di rumah dan 4,356 pesakit ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Manakala, seramai 8,039 kes dirawat di hospital dan 327 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, sebanyak 201 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) manakala 126 kes lagi tidak memerlukan ABP.

Artikel Berkaitan: