Scammer guna identiti bekas imam

Asri menunjukkan laporan polis dibuatnya.
Asri menunjukkan laporan polis dibuatnya.
A
A
A

BEKAS Eksekutif Pelatih (Imam) Masjid Jamek Tunku Besar Tampin membuat laporan polis 10 Mac lalu susulan identitinya digunakan oleh scammer bagi menipu wang rakan-rakannya di laman sosial Facebook sejak tahun lalu.

Mangsa, Mohd Asri bin Zainal, 26, berkata, ketika berada di rumahnya di Shah Alam, dia menerima panggilan daripada kenalannya yang mahu mengesahkan sama ada dia mahu meminjam wang sebanyak RM3,470 untuk membuat bayaran kerusi urut.

Menurutnya, yang kini bekerja sebagai Perunding Takaful, kejadian itu bukan merupakan kejadian pertama identitinya digunakan oleh scammer untuk menipu rakan-rakan Facebooknya.

"Yang saya tahu kejadian terbaru ini ada dua orang kawan di Facebook saya yang terkena dengan orang yang menyamar sebagai saya untuk meminjam wang. Tahun lepas ada juga yang terkena. Mereka semua diminta untuk memindahkan wang ke akaun lain secara atas talian.

"Scammer itu gunakan gambar profile saya di Facebook serta membahasakan diri sebagai 'Ana', sedangkan itu bukanlah kata ganti nama yang digunakan saya semasa berbual dengan rakan," katanya.

Asri berkata, dia membuat laporan polis di Shah Alam dan mendapati terdapat dua laporan lain membabitkan scammer sama.

Menurutnya, beliau turut menjadi mangsa scammer yang menyamar sebagai orang susah dan berpura-pura mengenali dirinya, tahun lalu.

Tindakan bijak berjaya elak ditipu

Artikel Berkaitan:

Sementara itu tindakan bijak Faiz Zarizi 32, yang mematikan perbualan dan tidak memberikan nombor pengesahan pembelian yang diminta scammer menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa penipuan dalam sebuah platform e-dagang popular.

Faiz menunjukkan perbualannya bersama seorang scammer.
Faiz menunjukkan perbualannya bersama seorang scammer.

Menceritakan kembali, menurutnya, dia tertarik dengan produk televisyen pintar bersaiz 65 inci yang dijual di sebuah platform e-dagang dengan harga RM1,499.17.

Awalnya menurut Faiz, dia sangsi dengan tawaran itu kerana akaun peniaga itu baharu dicipta sembilan hari dan tiada sebarang maklum balas daripada pelanggan sebelum ini selain harganya jauh lebih murah ditawarkan di kedai.

“Pada saya mungkin peniaga mahu habiskan stok jualan. Kalau harga di pasar raya, hampir RM3,000. Saya terus melakukan pembelian dengan menggunakan kad kredit,” katanya.

Sehari selepas melakukan pembelian, rasa sangsi Faiz terhadap peniaga itu terjawab selepas dia terima mesej daripada peniaga itu.

“Di akhir perbualan itu, peniaga meminta nombor pengesahan pembelian. Ketika itu terjawab semuanya. Peniaga itu adalah scammer. Saya terus mematikan perbualan.

“Kalau saya bagi nombor itu. Dia godam akaun dan klik ‘order received’, syarikat e-dagang itu lepaskan bayaran, saya yang akan rugi. Malah, scammer itu boleh ambil maklumat kad kredit saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN
: Lima modus operandi scammer popular!

ARTIKEL BERKAITAN: Mudahnya masuk perangkap scammer

ARTIKEL BERKAITAN: PPIM terima 15 aduan scam sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh faktor mudah jadi sasaran scammer

ARTIKEL BERKAITAN: Scammer bersumpah cara Islam