Wang tunai RM67,800 menanti pemancing

Taman tema Msekin Wonderland yang menjadi daya tarikan untuk kanak-kanak. (Gambar kecil: Jamal)
Taman tema Msekin Wonderland yang menjadi daya tarikan untuk kanak-kanak. (Gambar kecil: Jamal)
A
A
A

SEKINCHAN – Wakjali Event Management dengan kerjasama Msekin Wonderland akan menganjurkan pertandingan memancing Surfcasting Msekin Wonderland yang menawarkan hadiah lumayan iaitu wang tunai RM67,000 kepada pemancing bertuah.

Wakjali Event Management menerusi satu kenyataan pada Rabu berkata, pertandingan itu akan diadakan bermula 11.45 pagi hingga 3.45 petang ketika air pasang di Pantai Msekin Wonderland, di sini pada Sabtu, 26 Februari ini.

"Pemancing bertuah yang muncul juara pertandingan memancing ini bakal membawa pulang wang tunai RM20,000, diikuti pemenang kedua sebanyak RM5,000 dan ketiga RM2,000 manakala pemenang keempat hingga ke 250 pula bakal membawa pulang wang tunai yang disediakan penganjur," jelas kenyataan itu.

Sementara itu, Pengurus Besar Msekin Wonderland, Datuk Seri Jamal Mohd Yunus berkata, pertandingan memancing itu adalah sebahagian daripada aktiviti yang dirancang bersama penganjur sempena musim cuti persekolahan yang bermula Sabtu ini.

“Msekin Wonderland menyediakan aktiviti mandi-manda untuk keluarga, khususnya anak-anak. Justeru, pemancing boleh membawa keluarga menginap di hotel kami

dan meninggalkan mereka untuk aktiviti mandi-manda.

"Ayah mereka pula boleh menyertai pertandingan memancing. Kami mengutamakan keselamatan mereka ketika berada dalam taman tema air kami," katanya.

Menariknya, beliau berkata, bagi pemancing, pelbagai jenis ikan terdapat di pantai itu seperti belukang, duri, dan gelama.

Artikel Berkaitan:

"Ada juga spesis ikan pari dan siakap,’’ katanya.

Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar berkata, peserta digalakkan meletakkan kenderaan mereka di kawasan parkir Msekin Wonderland kerana keselamatan

terjamin berbanding di tepi jalan raya yang sibuk dengan kehadiran lori ikan berikutan ia adalah jalan utama ke jeti perikanan Sekinchan.

"Pertandingan memancing pada kali ini merupakan yang kedua dianjurkan di Msekin Wonderland pada tahun ini. Dalam acara pertama yang diadakan pada awal bulan ini menyaksikan sebanyak 561 ekor ikan berjaya dinaikkan peserta sekali gus membuktikan perairan Msekin Wonderland mempunyai banyak ikan untuk dipancing," katanya.

Sebarang pertanyaan mengenai acara ini boleh berhubung dengan penganjur di talian 012-2141401, 019-6203040 dan 012-2329665.