Lukisan kartunis Pak Rossem kini di NFT

Pak Rossem mahu semua peminat kartun seluruh dunia dapat akses dengan mudah bagi mendapatkan lukisannya.
Pak Rossem mahu semua peminat kartun seluruh dunia dapat akses dengan mudah bagi mendapatkan lukisannya.
A
A
A

KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Bukan sahaja dikenali di seluruh dunia, namun kartunis Rosidi Ismail atau Pak Rossem kini mula berkongsi karyanya di saluran pemasaran digital Non-Fungible Token (NFT) havenArt.io untuk tontonan peminat kartun dari seluruh negara.

Pak Rossem, 74 memberitahu, dia menggunakan medium berkenaan sebagai salah satu inisiatif untuk menjual hasil karyanya secara digital melibatkan pasaran dalam dan luar negara.

"Dengan adanya platform ini, ia akan memudahkan lagi peminat kartun dari seluruh negara melihat hasil karya saya dengan mudah, cepat dan sistematik," katanya kepada pemberita di Galeri Pak Rossem di sini, pada Rabu.

Untuk permulaan katanya, lukisan dimasukkan ke dalam platform berkenaan berdasarkan tema yang akan diperincikan terlebih dahulu.

Beliau berkata, lebih 10 tema diketengahkan dan dimulai dengan tradisional Melayu Kelantan.

Pak Rossem akan menggunakan sebaik mungkin platform media sosial sedia ada untuk mempromosikan lukisan dalam NFT berkenaan.
Pak Rossem akan menggunakan sebaik mungkin platform media sosial sedia ada untuk mempromosikan lukisan dalam NFT berkenaan.

Artikel Berkaitan:

"Lukisan tema tradisional Melayu Kelantan ini adalah seperti lukisan gasing, makyung, wayang kulit, tarian Melayu dan sebagainya.

"Saya akan masukkan satu persatu tema tersebut supaya ia memudahkan peminat lukisan seluruh negara mencari hasil lukisan ini.

"Melalui NFT, peminat lukisan seluruh negara dapat lihat lukisan ini dengan mudah dan mereka boleh memilikinya dengan cara dan prosedur yang ada. Mereka boleh hubungi kita nanti," katanya.

Pak Rossem turut memberitahu, dia akan menggunakan platform media sosial sebaik mungkin untuk mempromosikan hasil lukisannya di NFT berkenaan.