Tentera Israel tembak remaja Palestin

Tentera Israel kerap membunuh remaja Palestin di Tebing Barat sejak akhir-akhir ini. - Foto AFP
Tentera Israel kerap membunuh remaja Palestin di Tebing Barat sejak akhir-akhir ini. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Pasukan keselamatan Israel menembak mati seorang remaja Palestin berusia 14 tahun di Baitulaham, Tebing Barat pada Selasa, kata Kementerian Kesihatan Palestin.

Bagaimanapun, tentera rejim Zionis berkata, ia menembak mati seorang suspek yang membaling bom petrol ke arah pemandu di Al-Khader, Tebing Barat.

Namun, Kementerian Kesihatan Palestin menyatakan bahawa Mohammed Shehade terbunuh akibat tembakan tentera Israel di Al-Khader di kawasan Baitulaham.

Sejak 10 hari lalu, dua lagi remaja Palestin telah terbunuh di Tebing Barat yang mana insiden maut adalah satu perkara biasa.

Israel telah menduduki Tebing Barat sejak Perang Enam Hari berlaku pada tahun 1967. - Agensi

Artikel Berkaitan: