Kilang mi guna logo halal tidak sah diserbu

Mi yang tertera logo halal tanpa perakuan sah. - Foto KPDNHEP
Mi yang tertera logo halal tanpa perakuan sah. - Foto KPDNHEP
A
A
A

SEREMBAN- Sebuah kilang mi di Taman Industri Ringan, di sini, diserbu sepasukan penguat kuasa selepas disyaki menggunakan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada produk makanan tanpa mendapat perakuan halal yang sah daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Negeri Sembilan, Ain Arjuna Aziz Zaman berkata, seramai lima pegawai penguat kuasa KPDNHEP bersama empat pegawai JHEAINS telah menjalankan operasi penguatkuasaan halal di premis berkenaan pada jam 8.30 pagi Selasa.

"Tindakan ini adalah hasil daripada pemantauan yang dibuat oleh pihak KPDNHEP Negeri Sembilan dan JHEAINS selama seminggu.

"Hasil daripada siasatan dan pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai penguat kuasa mendapati sijil pengesahan halal bagi produk yang dihasilkan di premis tersebut telah tamat tempoh pada 2016," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Pegawai penguat kuasa serbu sebuah premis di Taman Industri Ringan, Seremban.
( Foto KPDNHEP )
Pegawai penguat kuasa serbu sebuah premis di Taman Industri Ringan, Seremban. ( Foto KPDNHEP )

Jelasnya, perniagaan itu dimiliki oleh seorang warganegara tempatan dan telah beroperasi sejak tahun 2013.

"Sehubungan itu, satu tindakan kes telah diambil atas kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. Sitaan berjumlah RM50 telah dilakukan membabitkan 33 bungkus mi dan dua gulung plastik pembungkus yang mempunyai logo halal tidak sah.

"Para peniaga diingatkan supaya tidak menggunakan logo halal Jakim sekiranya tidak mendapat sijil halal yang sah daripada pihak berkuasa berwibawa yang bertanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

"Penggunaan logo halal adalah untuk pemegang sijil halal yang sah sahaja dan tidak boleh sewenang-wenangnya disalahgunakan," katanya.