Notis kepada pengusaha kelulut selepas terima aduan awam

PDT Maran mengharapkan agar semua pihak tidak mensensasikan atau mempolitikkan isu tersebut.
PDT Maran mengharapkan agar semua pihak tidak mensensasikan atau mempolitikkan isu tersebut.
A
A
A

MARAN - Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Maran menjelaskan pengeluaran notis kepada pengusaha kelulut pada 14 Februari lalu adalah selepas pihaknya menerima beberapa aduan daripada orang awam berhubung pencerobohan di tanah kerajaan di Taman Sri Keramat di sini.

PDT Maran dalam satu kenyataan berkata, notis yang dikeluarkan kepada pengusaha terbabit iaitu Notis Pendudukan Tanah Kerajaan Tanpa Kebenaran Pihak Berkuasa Negeri di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965.

Menurutnya, antara aduan awam diterima berkaitan penggunaan sumber air bukit oleh pengusaha kelulut tersebut yang merupakan sumber air bersih penduduk sekitar tanah yang diceroboh.

"Aduan turut menyatakan bahawa penduduk kampung turut dihalang dan dikenakan caj penggunaan oleh pengusaha kelulut tersebut bagi penggunaan sumber air bukit," katanya.

Jelas PDT Maran, pengusaha kelulut tersebut pernah mengemukakan permohonan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) tetapi permohonan itu ditolak oleh pihak berkuasa negeri kerana berada dalam kawasan yang dibekukan permohonan selaras keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Pahang ke 42 Tahun 1988.

Sehubungan itu, PDT Maran mengharapkan agar semua pihak tidak mensensasikan atau mempolitikkan isu tersebut.

"Ini kerana semua tindakan yang telah diambil adalah mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa," katanya.

Artikel Berkaitan: