Muhyiddin tidak berniat persenda nama bapa Ahmad Zahid

Wan Saiful
Wan Saiful
A
A
A

TANGKAK - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak berniat mempersendakan nama bapa Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ceramahnya di Mersing pada Rabu.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menjelaskan, Muhyiddin dalam ceramahnya bukan merujuk kepada bapa Presiden UMNO itu sebaliknya perangai Ahmad Zahid dalam berpolitik.

"Saya tidak rasa Tan Sri Muhyiddin mempermainkan nama bapa Zahid.

Ia bukan merujuk kepada bapa dia tetapi perangai dia.

"Zahid kata dia terasa hati nama bapa dia dipermainkan.

Kalau dalam hati ada taman, cepat 'koyak', tak payahlah masuk politik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum melancarkan Jentera Perikatan Nasional (PN) Ledang di pekarangan Pejabat Operasi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Pusat Perdagangan Bukit Gambir di sini pada malam Sabtu.

Sebelum ini, sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Jentera PN Bahagian Mersing, di Felda Tenggaroh 3, Mersing pada malam Rabu, Muhyiddin didakwa mempersendakan nama Presiden UMNO itu.

Artikel Berkaitan: