Sila log masuk terlebih dahulu.

Pemilihan PKR Cabang Gombak: Amirudin ambil langkah 'tunggu dan lihat'

Amirudin (tengah) beramah mesra dengan peserta pada Majlis Penutup Larian Vitual Ayuh Selangor 1.0 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat
Amirudin (tengah) beramah mesra dengan peserta pada Majlis Penutup Larian Vitual Ayuh Selangor 1.0 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengambil langkah 'tunggu dan lihat' dan enggan memberi komen mengenai hasrat mana-mana ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mahu bertanding di bahagian PKR Cabang Gombak pada pemilihan parti akan datang.

Beliau yang juga Ketua PKR Cabang Gombak turut menyifatkan hasrat bekas Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak untuk bertanding di bahagian PKR cabang berkenaan sebagai masih belum muktamad.

"Penamaan calon sehingga 18 Mac jadi saya tak hendak ulas sampai ada (senarai) penamaan calon (dan ia) selesai.

"Jadi semua berita yang keluar dan sebagainya itu saya anggap belum muktamad selagi mana penamaan calon tidak dimuktamadkan.

"Saya akan bagi komen selepas penamaan calon dibuat," katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup Larian Vitual Ayuh Selangor 1.0 di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini pada Jumaat.

Farhash Wafa Salvador sebelum ini dilaporkan akan bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Gombak yang kini disandang Amirudin pada pemilihan PKR yang dijadual berlangsung April depan.

Beliau yang mengesahkan perkara itu menjelaskan langkah tersebut sebagai satu proses demokrasi dan tindakannya itu adalah selaras dengan peraturan dan peruntukan yang termaktub dalam parti.

Dalam pada itu, Amirudin turut menjelaskan bahawa hubungan beliau dengan ahli parti adalah baik termasuk dengan Farhash Wafa Salvador yang juga merupakan bekas Setiausaha Politik Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel Berkaitan:

"Saya baik dengan semua ahli dan anggota parti," kata Amirudin.