Masjid sedia 20 basikal tarik kanak-kanak solat Subuh jemaah

Amzah (empat dari kiri) dan Imam 1, Juhari Mohd Saleh (kanan) menunjukkan sebuah basikal yang menjadi semangat untuk kanak-kanak hadir solat Subuh di Masjid Assa'adah Pengkalan Batu, di sini, pada Khamis.
Amzah (empat dari kiri) dan Imam 1, Juhari Mohd Saleh (kanan) menunjukkan sebuah basikal yang menjadi semangat untuk kanak-kanak hadir solat Subuh di Masjid Assa'adah Pengkalan Batu, di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Masjid Assa'adah Pengkalan Batu menyediakan 20 buah basikal untuk menggalakkan kanak-kanak menunaikan solat Subuh secara berjemaah di sini.

Pengerusi masjid, Datuk Amzah Osman berkata, mereka sanggup peruntukan kira-kira RM20,000 bagi menyediakan 20 buah basikal untuk diberikan kepada golongan sasar sejak awal bulan ini.

Katanya, selain basikal pihaknya turut peruntukan wang bagi membeli motosikal untuk diberikan kepada golongan dewasa yang turut istiqamah solat Subuh dan Maghrib berjemaah di masjid.

"Ini bukan wang derma masjid, namun sumbangan dermawan dan orang perseorangan yang terpanggil untuk bersama menjayakan program ini.

"Walaupun mungkin ada yang menganggap basikal itu sebagai habuan sahaja, namun kami terbuka kerana niat kami hanyalah satu nak jadikan masjid ini mesra kanak-kanak dan ramai yang datang imarah rumah ALLAH ini," katanya ketika ditemui pada program istiqamah Subuh 40 hari di sini, pada Khamis.

Jelasnya, setiap kanak-kanak bawah 12 tahun akan diberikan kad dan selepas solat berjemaah mereka akan beratur untuk menerima cop sama ada daripada imam ataupun jawatankuasa masjid sebagai tanda mereka hadir bersolat jemaah.

"Seronok rasa bila pagi-pagi sebelum subuh anak-anak ini ada yang berpakaian sekolah telah sampai di masjid dan bersiap sedia untuk solat.

Sebahagian kanak-kanak hadir solat berjemaah di Masjid Assa'adah Pengkalan Batu.
Sebahagian kanak-kanak hadir solat berjemaah di Masjid Assa'adah Pengkalan Batu.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga tidak pernah mengasingkan mereka dan benarkan mereka generasi harapan ini untuk solat di saf yang sama dengan jemaah dewasa," katanya.

Tambahnya, semenjak program itu dianjurkan dapat dilihat terutama hari Sabtu dan Ahad anak-anak masih berada di masjid sehingga jam 11 malam sekali gus menggelakkan mereka lepak dan melakukan aktiviti tidak berfaedah.

"Di sini kita ajarkan mereka untuk mengutip sampah, gotong-royong, menyusun kasut dan mengedarkan tabung masjid.

"Kalau sebelum ini semua dilakukan golongan tua, tapi semakin hari perubahan baik itu mendapat sokongan kanak-kanak," katanya.

Amzah berharap usaha masjid ini dapat menjadikan kanak-kanak dan remaja terus istiqamah untuk menunaikan solat berjemaah.