Penyu terdampar di pantai

No Image Caption
A
A
A
Antara penyu yang ditemui mati dan terdampar di pantai yang dirakam di beberapa kawasan pantai di Terengganu.

Pengarah Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Rantau Abang, Sharum Yusof menunjukkan cara penggunaan Peranti Penyisih Penyu (Turtle Excluder Device) pada pukat tunda sepanjang musim tengkujuh (November hingga Mac) semasa ditemui di FRI Kuala Abang di sini.

Kaedah ini dapat menyelamatkan penyu daripada terperangkap di dalam keroncong pukat sehingga menyebabkan kematian kerana penyu yang memasuki pukat tunda dapat keluar melalui injap yang terdapat pada peranti ini, jadi penyu tidak akan terperangkap dan lemas.

Berdasarkan kajian oleh FRI sebanyak 45 peratus kematian penyu yang direkodkan setakat ini adalah kerana tersangkut pada pukat pari atau dikenali sebagai pukat malas, manakala 38 peratus melibatkan pukat tunda.

Haiwan tersebut akan lemas apabila tersangkut pada pukat malas yang diletakkan di dasar laut dalam tempoh lebih dua jam kerana haiwan itu gagal timbul pada permukaan air untuk bernafas.
Artikel Berkaitan:


Insiden terperangkap pada pukat malas kerap berlaku sehingga menyebabkan kematian dan lebih menyedihkan ada nelayan yang sanggup bunuh penyu yang teperangkap sebab tak mahu rosakkan pukat mereka ketika nak keluarkannya dari pukat.

Selain itu penyu juga lebih mudah terperangkap jika pukat yang digunakan nelayan melebihi saiz yang dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu saiz mata pukat tidak boleh melebihi 25 sentimeter (10 inci). - Foto Bernama

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan persiapan Hari Belia Negara

No Image Caption
GALERI

Persiapan Pesta Kaamatan

No Image Caption
GALERI

Kejohanan Trek Kebangsaan 2024

No Image Caption
GALERI

Aktiviti cuti umum