Bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru




PARA petugas Masjid Jamek Kampung Baru melakukan kerja-kerja menyiapkan proses memasak bubur lambuk yang sinonim dengan Kampung Baru sebagai juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan.
Antara ramuan yang digunakan iaitu sebanyak beras 15kg, daging 7kg, bawang merah 2kg, bawang putih 700gm, halia 1kg, minyak sapi 800gm, minyak masak 1kg, udang kering 1kg, garam 1200gm, cukup rasa 30gm dan serbuk lada hitam 250gm.
Bubur lambuk yang dimasak mengikut resipi tradisi berusia lebih 100 tahun itu disiapkan sekitar jam 11 pagi sebelum dibungkus dan diedarkan kepada orang ramai.
Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
