Air nira kelapa

KUALA TERENGGANU - Lelaki orang kurang upaya (OKU), Ibrahim Mamat, 44, yang lumpuh kaki kanan akibat kemalangan motosikal tujuh tahun lepas, memeriksa mayang kelapa yang masih muda bagi mengeluarkan air nira di Kampung Banggol Katong di sini.
Kekurangan fizikal itu tidak menghalangnya mengusahakan perniagaan air nira kelapa yang sentiasa mendapat permintaan tinggi, terutama pada bulan Ramadan.
Beliau yang menjual air nira pada harga RM5 dan RM10 sebotol turut membekalkan air itu kepada pengusaha gula nisan, terutama di Marang. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
