Sokong Piala Dunia setiap empat tahun

Jonas Baer-Hoffmann
Jonas Baer-Hoffmann
A
A
A

SEBANYAK 75 peratus pemain profesional memilih mengekalkan penganjuran Piala Dunia kepada setiap empat tahun, kata Persekutuan Pemain Profesional Antarabangsa (FIFPRO).

Menurut FIFPRO, kesatuan pemain global itu pada November mengadakan tinjauan terhadap lebih 1,000 pemain dari enam benua, termasuk lebih daripada 70 negara berikutan cadangan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk beralih kepada format dwitahunan.

Pecahan serantau menunjukkan sebanyak 77 peratus pemain dari Eropah dan Asia lebih suka Piala Dunia diadakan setiap empat tahun, dengan 63 peratus pemain dari Amerika berkongsi pandangan masing-masing.

Dalam kalangan pemain Afrika pula, sebanyak 49 peratus lebih selesa kejohanan tersebut dikekalkan empat tahun, manakala baki selebihnya memilih penganjuran kepada dua atau tiga tahun.

“Tinjauan dalam kalangan pemain di seluruh dunia jelas menunjukkan kebanyakannya mempunyai keutamaan untuk bermain Piala Dunia setiap empat tahun.

“Pada masa sama, keputusan menunjukkan kepentingan pertandingan liga domestik kepada pemain.

"Liga adalah asas permainan dan kami perlu melakukan lebih banyak lagi untuk menguatkan struktur demi pemain dan kestabilan keseluruhan bola sepak profesional,” kata Setiausaha Agung FIFPRO, Jonas Baer-Hoffmann.

Artikel Berkaitan: