X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Covid-19: 31 kematian baharu direkodkan, 10 BID

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan Covid-19 di negara ini sebanyak 32,180 orang.
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 31 kematian baharu akibat Covid-19 pada Rabu.

Daripada jumlah tersebut, 10 kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,180 orang daripada lebih tiga juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Menurut data KKM di portal CovidNow, kes kematian itu direkodkan di tujuh negeri dengan tertinggi di Sabah iaitu lapan kes diikuti Selangor sebanyak tujuh kes.

Sementara itu, enam kes kematian dicatatkan bagi Johor disusuli Pulau Pinang (lima), Kedah (dua), manakala satu kes direkodkan di negeri Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu.

Tiada kes kematian dilaporkan di negeri-negeri lain.

Bagi kes BID pula, Sabah dan Selangor merekodkan tiga kes diikuti Pulau Pinang (dua), manakala Negeri Sembilan, Perak dan Terengganu satu kes.

Dalam pada itu, terdapat 182,965 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 170,635 individu dikuarantin di rumah manakala 5,517 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 6,619 kes dirawat di hospital dan 194 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 74 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 120 lagi memerlukan mesin ventilator.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!