Empat lelaki diberkas disyaki terlibat kes pemerasan

No Image Caption
A
A
A

AMPANG - Seramai empat lelaki diberkas kerana disyaki melakukan pemerasan dengan meminta wang perlindungan bulanan di sebuah restoran di Taman Melawati di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua lelaki berusia 27 hingga 44 tahun ditahan di restoran berkenaan pada hari sama.

"Kita telah merampas tiga buah telefon bimbit, sebuah kereta bersama kunci dan satu sampul yang mengandungi wang tunai yang disyaki wang perlindungan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Farouk berkata, siasatan awal mendapati suspek telah meminta wang perlindungan setiap bulan dengan jumlah bayaran seikhlas hati.

"Hasil semakan lanjut mendapati salah seorang suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.

"Keempat-empat suspek mengaku melakukan pemerasan," katanya.

Beliau memberitahu, kesemua mereka telah direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: