Gajah betina ditemui mati tepi jalan

Penduduk kampung yang melalui Jalan Empangan Pedu terserempak dengan seekor gajah mati di tepi jalan pada Selasa.
Penduduk kampung yang melalui Jalan Empangan Pedu terserempak dengan seekor gajah mati di tepi jalan pada Selasa.
A
A
A

PADANG TERAP- Seekor gajah betina ditemui mati di tepi Jalan Empangan Pedu dekat Kampung Pinang, di sini, kira-kira jam 7.30 pagi pada Selasa.

Penduduk kampung yang mahu dikenali sebagai Lan, 35, berkata, kejadian disedari beberapa penduduk yang keluar menoreh sebelum ternampak seekor gajah kaku di tepi jalan.

Menurutnya, haiwan terbabit dilihat dalam keadaan terduduk dengan keempat-empat kaki berlipat.

"Nampak macam ada darah dan najis, seperti gajah ini menanggung sakit sebelum mati," katanya.

Menurutnya, sebelum ini, penduduk pernah terserempak dengan beberapa ekor gajah yang melalui laluan berkenaan.

Seekor gajah ditemui mati di tepi Jalan Empangan Pedu, pada Selasa.
Seekor gajah ditemui mati di tepi Jalan Empangan Pedu, pada Selasa.

"Memang ada orang pernah nampak, sekawan gajah lalu kawasan ini, mungkin ini adalah salah seekor daripadanya," katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Jamalun Nasir Ibrahim, berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kira-kira jam 8.30 pagi.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur dipanggil untuk melakukan siasatan.

"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan mengenai kematian gajah terbabit.

"Siasatan akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.