Jenazah bayi ditikam ibu selamat dikebumikan

Kakitangan pejabat Agama Daerah Kemaman membawa keluar jenazah bayi dari Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dikebumikan pada Isnin.
Kakitangan pejabat Agama Daerah Kemaman membawa keluar jenazah bayi dari Unit Forensik Hospital Kemaman untuk dikebumikan pada Isnin.
A
A
A

KEMAMAN - Jenazah bayi lelaki yang meninggal dunia dipercayai ditikam ibunya berusia 15 tahun pada minggu lalu selamat dikebumikan pada Isnin.

Jenazah bayi itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi, di sini kira-kira jam 11.05 pagi.

Sebelum itu, Pejabat Agama Daerah Kemaman yang diberi tanggungjawab menguruskan pengebumian menuntut mayat bayi tersebut di Unit Forensik Hospital Kemaman.

Sebaik selesai, kakitangan dan pegawai Pejabat Agama Daerah Kemaman membawa jenazah ke Tanah Perkuburan Islam Seri Bandi untuk disemadikan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan dan ahli keluarga mangsa turut mengiringi jenazah.

Selasa lalu, seorang bayi yang baharu dilahirkan ditemui meninggal dunia dengan kesan tikaman dipercayai dibunuh ibunya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah di Kemaman.

Bayi lelaki yang cukup sifat itu dipercayai ditikam di bahagian dada kiri dengan objek tajam oleh suspek yang berusia 15 tahun.

Artikel Berkaitan: