Perhilitan kesan tapak kaki harimau di Cameron Highlands

Tangkap layar video berhubung kehadiran harimau belang dikesan di Cameron Highlands dua hari lalu.
Tangkap layar video berhubung kehadiran harimau belang dikesan di Cameron Highlands dua hari lalu.
A
A
A

KUANTAN- Aduan daripada penduduk di Kampung Orang Asli di Kampung Sungai Ubi, Cameron Highlands berhubung kehadiran harimau belang di kampung itu, pada Khamis lalu, adalah berasas.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Rozidan Md Yasin berkata, hasil siasatan dijalankan telah menjumpai kesan tapak kaki harimau belang pada jarak satu kilometer (km) dari perkampungan tersebut.

"Pemantauan di lokasi kejadian dan kawasan sekitarnya sedang dilakukan oleh kakitangan Perhilitan Pahang dan Perak," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau menjelaskan pemantauan dilakukan bagi memastikan harimau belang itu kembali ke habitatnya dan tiada ancaman kepada penduduk.

Tular rakaman video berdurasi 26 saat berhubung penemuan seekor harimau belang yang dikatakan dikesan di kawasan Cameron Highlands, dua hari lalu.

Ia merupakan video kedua tular selepas video pertama sekitar seminggu lalu di mana seekor harimau belang dikatakan berkeliaran di sekitar jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Difahamkan harimau belang berkenaan dipercayai dari hutan simpan berhampiran dan kemungkinan tersesat di kawasan berkenaan ekoran mengejar haiwan buruan.

Artikel Berkaitan: