Malaysia ambil langkah cermat sebelum isytihar endemik: Khairy

Khairy (kanan), Dr Noor Hisham (kiri). -Foto Bernama
Khairy (kanan), Dr Noor Hisham (kiri). -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia mengambil langkah cermat sebelum mengambil keputusan mengisytihar pandemik Covid-19 sebagai endemik di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ia termasuk memastikan kes Covid-19 di Malaysia, terutama melibatkan kemasukan ke hospital ketika ini tidak terus meningkat secara mendadak.

"Kita sedang memantau negara lain seperti Sweden dan Denmark... pada pandangan saya, mungkin mereka terlalu awal isytihar pandemik Covid-19 tamat kerana seperti di Denmark, mereka isytihar Covid-19 bukan satu ancaman kepada kesihatan awam tetapi kes hospitalisation meningkat dengan mendadak.

"Sebab itu saya dan Ketua Pengarah Kesihatan (Tan Sri Noor Hisham Abdullah) pilih kita lebih berhati-hati... ada yang kata pendekatan kita konservatif dan ada kata terlalu konservaif, tetapi bagi kami, lebih baik bergerak dengan selamat daripada menyesal kemudian nanti,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan program Mass Urology Surgery Initiative di Hospital Selayang hari ini.

Jelasnya sekiranya dalam tempoh dua hingga tiga minggu ini gelombang Omicron kurang memberi kesan kepada peningkatan kemasukan pesakit ke hospital dengan kebanyakan kes menunjukkan gejala ringan, mungkin kerajaan lebih yakin untuk beralih ke fasa endemik. - Bernama

Artikel Berkaitan: