Lima pegawai Mara Corp dipanggil beri keterangan esok

Lima pegawai Mara yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan anak syarikat agensi itu, Mara Corp akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi Jumaat.
Lima pegawai Mara yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan anak syarikat agensi itu, Mara Corp akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pagi Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima pegawai Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa, membabitkan anak syarikat agensi itu, Mara Corporation (Mara Corp) akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya pagi Jumaat.

Sumber SPRM berkata, kelima-lima individu berkenaan merupakan 17 individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan kes berkenaan.

"Selain lima orang pegawai Mara berkenaan, turut akan dipanggil untuk dirakam keterangan adalah empat lagi anggota Lembaga Pengarah Mara Corp, empat orang pegawai Mara, tiga pegawai bank dan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

"Setakat hari ini, seramai 14 saksi telah dirakam keterangan mereka membabitkan seramai empat orang ahli lembaga pengarah Mara Corp, tujuh individu daripada pengurusan Mara Corp, dua orang pegawai Mara dan seorang kakitangan syarikat setiausaha korporat,” kata sumber itu kepada Bernama pada Khamis.

Sementara itu, sumber SPRM memberitahu dalam serbuan SPRM ke Ibu Pejabat Mara dan Mara Corp serta sebuah syarikat setiausaha korporat pada Isnin lepas, SPRM telah merampas antaranya dokumen terdiri daripada kertas cadangan dan minit mesyuarat lembaga pengarah, dokumen kewangan dan senarai gaji serta dokumen membabitkan sumber manusia.

Pada Ahad, kelima-lima individu yang dikaitkan dengan salah laku berkenaan telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan menafikan pembabitan mereka dalam isu berkenaan.

Sabtu lepas, SPRM mengesahkan menerima satu laporan berhubung dakwaan isu integriti melibatkan beberapa pegawai kanan Mara, yang sedang disiasat secara dalaman oleh agensi itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: