AMK terima keputusan pucuk pimpinan, sedia bantu Muda

Thiban menyifatkan penglibatan Muda pada PRN kali ini merupakan perkara positif dan perlu diraikan semua pihak.
Thiban menyifatkan penglibatan Muda pada PRN kali ini merupakan perkara positif dan perlu diraikan semua pihak.
A
A
A

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menerima segala keputusan yang diputuskan pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menentukan pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Naib Ketua AMK, Thiban Subbramaniam berkata, penglibatan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pada PRN kali ini merupakan perkara positif dan perlu diraikan semua pihak.

“Walaupun Muda pertama kali bertanding, AMK akan tetap bantu dari segi jentera jika konsensus dimeterai. Penglibatan anak muda dalam politik adalah sesuatu yang positif dan harus diraikan.

“Kami juga menerima keputusan pucuk pimpinan dengan hati terbuka. Kemungkinan besar PKR akan korbankan tiga kerusi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook pada Khamis.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya menawarkan tiga kerusi DUN kepada Muda untuk ditandingi 12 Mac nanti dan hanya menanti maklum balas parti itu berhubung tawaran berkenaan.

Sementara itu, Thiban berkata, PKR mempunyai ramai calon berkaliber yang sudah berkhidmat di lapangan sejak sekian lama.

“Kita seharusnya duduk bincang dan susun kerja, angkat isu rakyat. Baling batu sorok tangan bukan cara anak muda,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: