PRN Johor: PKR tawar tiga kerusi kepada Muda

Syed Ibrahim
Syed Ibrahim
A
A
A

JOHOR BAHRU - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan tiga kerusi miliknya kepada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PKR Johor, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, rundingan sedang dilakukan dan masih menanti jawapan daripada pihak Muda.

"Berhubung isu agihan kerusi, PKR mengadakan tiga siri rundingan bersama Muda selari menepati hasrat yang dinyatakan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dan PH Johor.

"Dalam siri rundingan tersebut, masing-masing memberi pandangan secara jujur dan terbuka. Hasil rundingan ini, PKR menawarkan tiga kerusi kepada Muda dan sedang menunggu maklum balas berhubung tawaran tersebut," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Pada Rabu, Muda memaklumkan akan bertanding enam kerusi DUN dalam PRN tersebut hasil rundingan dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

PRN Johor akan berlangsung pada 12 Mac depan.

Artikel Berkaitan: