SPR anggar kos PRN Johor RM96 juta

Abdul Ghani (tengah) pada sidang media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada Rabu.
Abdul Ghani (tengah) pada sidang media SPR di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan peruntukan sebanyak RM96 juta diperlukan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, seramai 49,290 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRN Johor melibatkan 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Secara keseluruhannya jumlah pusat mengundi sebanyak 1,084 buah dengan 4,720 saluran.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,021 buah pusat mengundi yang mempunyai 4,638 saluran akan digunakan bagi undi biasa, manakala 63 pusat mempunyai 82 saluran turut akan digunakan bagi undi awal.

"Sebanyak 56 pusat penamaan calon dan 56 pusat penjumlahan rasmi undi akan digunakan," katanya.

Menurut Abdul Ghani, SPR turut melantik seramai 58 pegawai pengurus pilihan raya dibantu 186 penolong pegawai pengurus.

"Bagi memantau semua aktiviti kempen PRN Johor sepanjang tempoh berkempen, SPR juga menubuhkan 56 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya yang dianggotai wakil daripada polis, pihak berkuasa tempatan dan wakil calon-calon bertanding," katanya.

Dalam pada itu, SPR menyasarkan 70 peratus pengundi akan keluar mengundi pada PRN Johor.

Artikel Berkaitan:

"Satu prosedur operasi standard (SOP) pencegahan Covid-19 bagi pelaksanaan PRN Johor sedang dikemas kini SPR, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara.

"SOP ini akan dimaklumkan selepas ia dimuktamadkan," katanya.