91,748 murid Kelantan dijangka terima suntikan vaksin Covid-19

Seorang murid, Firdanish Raiyan Mohd Firdaus,12, (kiri) yang menerima suntikan Pfizer pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)di Kelantan tahun lalu. - Foto Sinar Harian
Seorang murid, Firdanish Raiyan Mohd Firdaus,12, (kiri) yang menerima suntikan Pfizer pada Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK)di Kelantan tahun lalu. - Foto Sinar Harian
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menjangkakan 80 peratus murid sekolah rendah dan pra sekolah di negeri ini akan mengambil suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) bermula Ahad depan.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, jumlah itu adalah 91,748 murid daripada 114,685 keseluruhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Katanya, PICKids untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun pada akan dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di sekolah-sekolah secara outreach dengan kebenaran oleh ibu atau bapa.

“Kami menyasarkan 80 peratus atau 91,748 kanak-kanak berusia antara tujuh sehingga 11 tahun atau murid sekolah rendah akan mengambil suntikan Pfizer menerusi PICKids.

“Kita masih menunggu borang kebenaran daripada ibu bapa yang akan diedarkan melalui sekolah dan diserahkan kepada JKNK pada minggu ini bagi mendapatkan jumlah sebenar kanak-kanak yang bersedia untuk menerima suntikan itu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pejabatnya di Wisma Persekutuan di sini pada Rabu.

Ujar beliau, bagi kanak-kanak sekolah tadika atau taska yang berusia lima hingga enam tahun serta kanak-kanak berpenyakit kronik atau mengalami masalah perubatan perlu mendapatkan suntikan vaksin Pfizer PICKids di PPV Klinik-klinik Kesihatan.

Datuk Dr Zaini Hussin. - Foto Sinar Harian
Datuk Dr Zaini Hussin. - Foto Sinar Harian

“Selainnya, bagi murid yang tercicir persekolahan juga boleh mendapatkan suntikan di PPV Klinik-klinik Kesihatan menerusi 132,000 keseluruhan dos yang diterima oleh JKNK.

Artikel Berkaitan:

“Pengambilan vaksin oleh kanak-kanak berusia lima sehingga 11 tahun tersebut adalah secara sukarela dengan kebenaran ibu bapa dan mereka perlu hadir menemani anak-anak semasa menerima suntikan,” katanya.

Tambah beliau, pihak JKNK berharap para ibu bapa dapat membuat keputusan yang bijak dalam isu pengambilan suntikan demi mengekang penularan Covid-19 dalam kalangan kanak-kanak.

“Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kepada golongan berusia 12 hingga 17 tahun di Kelantan yang lalu mencapai peratusan tinggi iaitu 82.7 atau 174,211 penerima dua dos lengkap vaksin Pfizer.

“Setakat ini, di Kelantan sebanyak 34 kluster pendidikan masih aktif berlaku bermula pada pembukaan sesi persekolahan Januari lalu. Jumlah majoriti itu adalah daripada keseluruhan 43 kluster yang berlaku di negeri ini ketika ini,” katanya.