Garis panduan lebih jelas keperluan vaksinasi kanak-kanak

Amaluddin
Amaluddin
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan perlu beri garis panduan lebih jelas mengenai keperluan dan kepentingan untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun mendapatkan vaksinasi Covid-19.

Pengarah Perubatan dan Pakar Kanak-Kanak Hospital UCSI, Profesor Dr Amaluddin Ahmad berkata, ini kerana ada kegusaran dalam kalangan ibu bapa yang anak-anak divaksin berisiko tinggi untuk mendapat sindrom keradangan pelbagai sistem(MISC).

"Kemungkinan ada kanak-kanak yang mengambil vaksin mengalami gejala MISC, namun kanak-kanak yang divaksin dan dijangkiti Covid-19 berdepan risiko 37 kali lebih rendah untuk mengalami kesan kesihatan tersebut.

"Lagipun dos yang diberi kepada kanak-kanak hanya satu pertiga daripada dos orang dewasa yang mana ia adalah rendah," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan delegasi dari Majlis Perubatan Malaysia di Hospital UCSI Springhill di sini pada Selasa.

Dr Amaluddin berkata, ibu bapa perlu mendapat maklumat yang sahih dan tidak mudah terpengaruh dengan 'gosip liar' berkenaan vaksin.

Beliau menyarankan supaya lebih ramai pakar kesihatan awam diberi ruang untuk bercakap soal kepentingan mengambil vaksin di media arus perdana.

"Saya tengok peringkat awal dulu memang ramai pakar-pakar kesihatan awam dipanggil bercakap, tapi sekarang dah berkurangan.

"Bagi saya lebih banyak pihak berautoriti perlu ke depan untuk diberi peluang beri maklumat kepada masyarakat," katanya.

Artikel Berkaitan: