Amaran ribut petir di Kelantan, Terengganu

MetMalaysia memaklumkan keadaan hujan lebat dan ribut petir itu dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu sehingga jam 5 petang ini. Gambar hiasan.
MetMalaysia memaklumkan keadaan hujan lebat dan ribut petir itu dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu sehingga jam 5 petang ini. Gambar hiasan.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di dua buah negeri, pada tengah hari ini.

MetMalaysia menerusi ciapan di laman Twitter rasminya pada Selasa memaklumkan, keadaan hujan lebat dan ribut petir itu dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu sehingga jam 5 petang ini.

Antaranya daerah di negeri Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Sementara di Terengganu, hujan lebat diramal berlaku di Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu serta Marang.

Artikel Berkaitan: