Amaran ribut petir, hujan lebat di 13 negeri

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 13 negeri sehingga jam 9 malam ini.

Kejadian itu dijangka berlaku di Kedah (Langkawi, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang serta Perak.

Amaran turut dikeluarkan bagi Kelantan (Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang), Terengganu (Hulu Terengganu) serta Pahang (Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Rompin).

Selain itu, Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Johor Baharu), Melaka, Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak).

Di Sarawak kawasan terlibat termasuk Serian (Serian), Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Limbang.

Sementara itu, turut dijangka berlaku di Labuan dan Sabah pula ialah Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.