Letup mesin ATM, larikan wang

Keadaan mesin ATM di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru yang diletupkan dalam kejadian awal pagi Selasa.
Keadaan mesin ATM di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru yang diletupkan dalam kejadian awal pagi Selasa.
A
A
A

KLANG - Dua penjenayah meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan sejumlah wang tunai di sebuah kedai serbaneka di Pekan Meru di sini awal pagi Selasa.

Kejadian itu disedari pekerja kedai serbaneka berkenaan ketika mahu membuka kedai kira-kira jam 8 pagi selepas mendapati pintu kaca kedai pecah selain pintu pada mesin ATM telah terbuka.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara jam 3 hingga 4 pagi.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kejadian itu dipercayai dilakukan oleh dua individu yang memecah masuk kedai serbaneka melalui pintu hadapan.