Rakyat Malaysia makan 30 juta telur ayam sehari!

Rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta sebulan di seluruh negara. Gambar hiasan 123RF
Rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta sebulan di seluruh negara. Gambar hiasan 123RF
A
A
A

KELMARIN isteri Merak Jalanan minta belikan telur ayam di pekan Tanjung Malim. Dia mahu menyediakan hidangan telur dadar untuk dimakan bersama asam pedas ikan tenggiri.

Memang kombinasi makanan tersebut sangat sinonim dengan darah bangsa Johor yang mengalir dalam darah Merak Jalanan. Lebih sedap jika ditambah dengan kicap, memang penuh nikmat.

Sampai sahaja di hadapan pintu kedai runcit, pemiliknya seorang lelaki berketurunan India Muslim kelihatan agak tergesa-gesa. Katanya mahu tutup kedai awal.

Merak Jalanan bertanya adakah dia ada menjual telur ayam. Malangnya sudah habis, kata lelaki itu.

Memang Merak Jalanan agak kecewa sambil terbayang makan nasi dengan asam pedas ikan tenggiri sahaja.

Terpaksalah Merak Jalanan mencari lagi, kali ini ke sebuah lagi pasar raya dan berjaya membeli telur premium gred AA yang mengandungi kandungan protein dan omega yang tinggi. Harga sedikit ‘keras' tetapi tidak ada masalah janji dapat makan telur dadar dengan asam pedas ikan tenggiri bersama kicap.

Hasrat hati hendak membeli telur ayam dengan kuantiti banyak tetapi penjual hanya benarkan dua bekas sahaja telur bagi setiap pembeli. Hebat betul krisis telur ayam yang melanda negara pada ketika ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 30 juta biji telur ayam sehari atau 930 juta sebulan di seluruh negara. Jadi, memang telur adalah bahan makanan yang paling penting kepada kita.

Artikel Berkaitan:

Krisis telur ayam ini mengingatkan Merak Jalanan kepada satu peristiwa ketika berkunjung ke Indonesia kira-kira 10 tahun lalu.

“Pak, semua makanan di sini kalau pake (guna) telur itu special jadi harganya juga special,” kata penjual nasi goreng di Blok M, Jakarta Selatan.