Misi menyelamat budak jatuh perigi masuk peringkat akhir

Usaha menyelamat Rayan memasuki peringkat akhir.
Usaha menyelamat Rayan memasuki peringkat akhir.
A
A
A

BAB BERRED - Pasukan penyelamat Maghribi memasuki peringkat akhir dalam usaha menyelamat budak lelaki yang terperangkap lebih 72 jam dalam sebuah perigi.

Rayan berusia 5 tahun terjatuh dalam perigi sedalam 32 meter di perkampungan Ighrane di wilayah Chefchaouen sejak Selasa lalu dan usaha membawa keluar mangsa sedang dipergiatkan.

Difahamkan, kedudukan mangsa berada dalam jarak kurang 20 kaki dan usaha menggali diteruskan dengan penuh berhati-hati susulan kebimbangan berlaku runtuhan dalam perigi tersebut.

Ketika ini, Rayan masih dalam keadaan hidup meskipun tidak makan dan minum selama tiga hari.

Pasukan penyelamat juga telah mengepam bekalan oksigen ke dalam perigi tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan: