Ahli PBPM masih rendah

Baharudin
Baharudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahap kesedaran yang rendah serta tidak tahu saluran untuk mendaftar menjadi antara faktor bekas anggota polis di ibu kota gagal menyertai Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM).

Ketua Penerangan PBPM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Baharudin Abu berkata, mereka juga difahamkan enggan bergiat aktif dalam sebarang aktiviti berkaitan persatuan.

Menurutnya, hanya 300 ahli PBPM yang aktif di Kuala Lumpur dan dianggarkan lebih 800 lagi tidak mendaftar.

"Ini merupakan satu kerugian kerana kita sukar mengesan ahli yang mengalami kesulitan untuk dibantu," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, pelbagai platform yang boleh didapati untuk mendaftar sebagai ahli PBPM selain mendapatkan borang di mana-mana cawangan PBPM dan Ibu Pejabat Polis Daerah.

Menurutnya, ada bekas anggota polis enggan mendaftar sebagai ahli kerana mahu menceburi bidang lain.

"Banyak manfaat yang diperoleh termasuk penawaran kerja dalam bidang keselamatan dan perkongsian berkaitan isu semasa dan pengetahuan pekerjaan lain," katanya.

Baharudin turut menggalakkan bekas polis menyertai persatuan kerana mahu mereka bersama menyumbang idea kepada pimpinan anggota keselamatan.

Artikel Berkaitan:

"Perlu diingat apabila kita menyertai PDRM, sekali polis selamanya tetap polis," katanya.

Dalam pada itu, katanya bagi bekas anggota yang mahu mendaftar sebagai ahli PBPM boleh menghubungi terus pihaknya di talian 0192681673.