Covid-19: 11 kematian baharu direkodkan

Empat kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Empat kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
A
A
A

SHAH ALAM – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 11 kematian baharu akibat Covid-19 pada Jumaat.

Daripada jumlah tersebut, empat kes adalah kematian di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Menurut data KKM di portal CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian disebabkan pandemik itu kini sebanyak 32,011 orang daripada lebih 2.8 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.

Dalam pada itu, terdapat 63,395 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 55,759 individu dikuarantin di rumah manakala 4,092 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Data KKM itu turut menunjukkan bahawa sebanyak 3,426 kes dirawat di hospital dan 118 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Kes ICU pula membabitkan 61 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dan 57 lagi memerlukan mesin ventilator.

Artikel Berkaitan: