Fasih berbahasa Melayu, jejaka Turki mahu bantu pelajar tahfiz

Mas Ermieyati menyampaikan cek sumbangan kepada Tunahan (kanan) yang mewakili MTS Masjid Tanah di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, di sini, pada Jumaat.
Mas Ermieyati menyampaikan cek sumbangan kepada Tunahan (kanan) yang mewakili MTS Masjid Tanah di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

ALOR GAJAH - Biarpun baharu lima tahun di Malaysia, namun jejaka Turki yang fasih berbahasa Melayu berazam untuk membantu dan mendidik lebih ramai pelajar tahfiz di negara ini.

Tunahan, 28, yang berasal dari Kampung Ginisun, dan merupakan mudir di Maahad Tahfiz Sulaimaniyyah (MTS) Cawangan Masjid Tanah berkata, kedatangannya ke negara ini untuk membantu pelajar-pelajar menghafaz dan mencintai al-Quran.

Tunahan
Tunahan

Menurutnya, bukan itu sahaja, malah lebih penting memastikan pelajar tahfiz itu mampu menjadi ilmuan Islam yang berjaya.

Katanya, biarpun ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh dilaksanakan, operasi tahfiz yang terletak di kawasan pekan Masjid Tanah turut sedikit terjejas, namun yakin dengan rezeki ALLAH SWT.

"Memang operasi tahfiz sedikit terkesan, namun ALLAH SWT hadirkan ibu bapa serta dermawan terdiri rakyat negara ini yang menyumbang bagi meneruskan kelangsungan maahad tahfiz di bangunan tiga tingkat itu.

"Kita juga tidak ketinggalan mengadakan kelas dalam talian termasuk mengajar teknik hafalan Sulaimaniyyah bagi memastikan anak-anak tahfiz tidak lupa dan terus mencintai al-Quran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Tunahan ditemui selepas majlis penyampaian cek sumbangan kepada pusat tahfiz dalam Parlimen Masjid Tanah oleh Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Masjid Tanah, di sini, pada Jumaat.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, beliau menggemari semua makanan Melayu dan paling menyukai nasi lemak dan asam pedas.

"Hasrat saya di sini, untuk mendidik 13 pelajar tahfiz yang sedia ada agar mereka berjaya bergelar hafiz dan dapat menyebarkan ilmu kepada masyarakat," katanya yang juga mesra dipanggil abi dalam kalangan pelajar.

Mengulas lanjut, beliau tidak menolak sekiranya perlu tinggal lebih lama di Melaka kerana begitu menyenangi suasana kehidupan masyarakat kampung di kawasan Masjid Tanah.

Tunahan bersama sahabatnya, Uqashah melihat cek sumbangan yang diterima.
Tunahan bersama sahabatnya, Uqashah melihat cek sumbangan yang diterima.

Sementara itu, penolong mudir MTS Masjid Tanah, Uqashah Ahmad Kamal, 23, berkata, dia menyenangi peribadi jejaka Turki itu dan selalunya mereka akan berkomunikasi sama ada menggunakan bahasa Melayu atau Turki.

"Memamg tidak nafikan kalau keluar dengan Mudir dia akan jadi tumpuan ramai, namun dia pandai bawa diri malah niatya baik mahu menolong pelajar tahfiz," katanya.