Tayar van dinaiki 12 pelajar tahfiz meletup, seorang maut

Tayar van yang mereka naiki meletup dan terbabas ke dalam parit di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Selasa. Mohd Izzat, 12, maut di lokasi (kanan).
Tayar van yang mereka naiki meletup dan terbabas ke dalam parit di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada Selasa. Mohd Izzat, 12, maut di lokasi (kanan).
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang pelajar tahfiz maut manakala 11 lagi mengalami cedera selepas tayar van yang mereka naiki meletup dan terbabas ke dalam parit di Jalan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai Mohd Izzat, 12, dari Maahad Tahfiz Al-Quran Al-Uzma, Tanjong Tok Sadang, Badang maut di lokasi.

Pengasas tahfiz, Mohd Romuza Abdul Ghani berkata, kemalangan terbabit turut mendatangkan kecederaan kepada pemandu van.

"Kesemua pelajar tahfiz tersebut dalam perjalanan pulang selepas membeli belah kelengkapan hari raya di Mydin Mall Tunjong hasil sumbangan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

"Saya dimaklumkan tayar van telah pecah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Pelajar-pelajar tahfiz bersedih diatas kehilangan rakan mereka.
Pelajar-pelajar tahfiz bersedih diatas kehilangan rakan mereka.

Sementara itu, Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pengkalan Chepa, Pegawai Bomba Kanan II, Mahusin Hassan berkata, kemalangan melibatkan sebuah van.

"Kesemua mangsa yang cedera berjaya dibawa keluar dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) untuk rawatan lanjut," katanya.